Saturday 27 August 2011

Rinduku pada Baitullah 5

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam entri ini penulis tidak berniat untuk menceritakan ujian yang penulis hadapi namun penulis ingin berkongsi ilmu yang ada sebagai renungan dan pedoman umat




Ya Allah..
andai indahnya bulan Ramadhan ini sekiranya aku berada di rumah Mu
Maafkan aku kerana sudah terleka sebentar sebaik kepulangan ku dari rumah-Mu
Ampunilah aku.
sungguh benar Ya Allah
dunia ini penuh dengan ujian dan diriku kini sedang diuji...

------------------------------------------------------
Tatkala diri ini diuji

Ujian itu sebenarnya suatu yang indah meskipun berat..
Namun pernah tidak anda terfikir bertapa beruntungnya anda dipilih oleh Allah untuk di uji...
Kerana apa?
Kerana Allah Sayangkan Anda
Dalam banyak-banyak orang...anda juga di uji..
Nanti dalam post yang lain saya akan postkan topik mengenai ujian ini.



Sambungan dari Rinduku Pada Baitullah
------------------------------------------------------
Pengalaman diuji

1)Dek kerana aku ini terkadang seorang yang mudah terlepas cakap (mungkin?)
  -kerana ibu pernah berpesan sebelum aku berangkat..aku ada mengatakan...
   "dont worry lah ma,dah banyak dah adik belajar untuk umrah..dah boleh pergi"

Mungkin kata2 agak menimbulkan keriakan (mungkin?)

Cerita bersambung:

Semasa berada di dalam pesawat
ketika jam di skrin pesawat menunjukkan penerbangan hanya tinggal 1 jam sebelum mendarat ke jeddah..
waktu ini kalau di ikutkan pesanan oleh tenaga pengajar...boleh lah berniat umrah..
kerana pada waktu itu pesawat sedang melintasi miqat pertama iaitu (Qarnul munazil)

TETAPI
Pelik..di skrin pesawat...Menunjukkan pesawat akan melintasi miqat dalam masa 45 minit lagi sedangkan masa penerbangan hanya tinggal 1 jam...
bermakna miqat akan dilakukan 15 mint sebelum pesawat mendarat.

naik hairan saya...lama juga memikirkan tentang hal ini
setelah berfikir panjang..
penulis membuat keputusan untuk berniat pada 1 jam sebelum kapal terbang mendarat sebagai satu "safety precaution" dan kemudian berniat juga di lokasi miqat di skrin kapal terbang

Kenapa penulis 'cuak' sangat?
Sebabnya
Berniat di miqat adalah salah satu syarat wajib umrah
kalau tak buat kena bayar dam (penulis dahla tak bawak banyak duit)
















2)Tawaf


Semasa penulis sedang penulis hendak memulakan tawaf. Penulis berada dalam kumpulan jemaah yang sama-sama turut menunaikan umrah.
Semasa memulakan tawaf,Penulis mula membaca doa-dao yang terdapat dalam buku panduan yang disediakan. Sedang fokus membaca doa,setelah selesai,penulis sedar yang penulis sudah terpisah daripada kumpulan.

Pada mulanya penulis berniat untuk mencari ,
Namun, setelah itu penulis mula teringat pesan ustaz yang mengajar penulis supaya
Jangan Mengubah niat
Penjelasan: Bila bertawaf,niatnya hendaklah satu,bertawaf kerana Allah Taala.Dan tidak boleh berubah niat sebagai contoh mengejar rakan atau apa-apa sahaja yang boleh memesongkan niat untuk bertawaf.
Maka sekiranya niat berubah,tawaf bagi bilangan tersebut Batal. dan hendaklah memulakan semula tawaf bagi bilangan tersebut.

Alhamdulillah setelah bertawaf,dapat bertemu semula dengan kumpulan di belakang maqam ibrahim bagi menunaikan solat sunat tawaf

3)Ujian menahan marah



Penulis diuji sekali lagi dengan satu perdebatan aman (Yeke?)
diceritakan:

Pada suatu masa,seorang pakcik datang berbual bersama dengan penulis; sedang berbual lalu ,pakcik tersebut bertanya kepada penulis:

Pakcik:Encik Parker ,pakcik nak tanya soalan,kalau masa sujud,lutut jatuh dulu atau tangan yang jatuh dulu?

Penulis:Ada khilaf dalam bab ini,namun yang paling afdhal rasanya lutut dulu.

Pakcik:No No No,kamu tak penah dengar ke pasal hadis

"Apabila seseorang itu sujud ,maka janganlah kamu turun sebaigaimana turunnya unta ,hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu.
[Riwayat Abu Daud]

Penulis:benar pakcik tapi ini bab khilaf,namun pendapat yang paling ramai diterima ialah menjatuhkan lutut terlebih dahulu (penulis lupa hadis tersebut pada masa itu)

Ini hadisnya:

"Aku telah melihat Rasulullah SAW apabila sujud,meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya ,dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut."
[Riwayat Abu Daud,Al-Nasai,2/207.Sahih oleh Ibn Hibban]



Pakcik:No No NO...Hadis ini jelas..Kalau selalu pakcik pergi masjid nampak orang sujud lutut dulu..
Pakcik mesti cakap...korang ni mesti tak cukup ilmu lagi...korang tak baca hadis ini ke...(What THe TUTTT!!)  *Penulis dah mula rasa nak marah...sabar..sabar aku sedang beribadah..

Penulis:Sebenarnya ini banyak khilaf...macam ni lah pakcik...pakcik tak boleh cakap macam tu..saya ada pendapat sendiri...pakcik ada pendapat pakcik...Apa kata pakcik berpegang kepada pendapat pakcik dan hormat pendapat saya...dan sy pun sama hormat pakcik...

Perbincangan berlarutan sehingga terbuka bab wahabi dan Ahli sunnah Waljamaah..Dan lebih teruk lagi mensabitkan imam shafie sebagai salah..(lebih betul pakcik ni)...sesat sangat ni...taksub dgn hadis...
-banyak lagi nak cerita tapi...let me keep it to myself...

Moralnya:Kalau jumpa orang camni..Cakap je...Pakcik saya dah lambat...Masuk bilik dulul!
KAWAL lah Kemarahan..cool bro!



4)Dugaan Perempuan

Hai...tempat macam ni pun masih ada lagi masalah perempuan..
Adoi
Ya Allah...Aku berlindung kepada daripada fitnah perempuan

Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim).

Ada seorang perempuan yang umurnya rasanya lebih kurang dengan umur guaa
Dalam kumpulan penulis jugak..
Seringkali hati ini,ingin punyai hajat untuk mengenali wanita tersebut..

Banyak berlaku peluang-peluang yang hanya dilepas kan begitu sahaja oleh penulis untuk berkenalan dengan perempuan tersebut.

Biarlah ia menjadi kenangan..wah!

Sampaikan di api-apikan oleh rakan-rakan,abang -abang yang menemani penulis di sana
"Loser lah kau tak nak kenal dengan dia...kalau aku gentleman,nak ke tak nak kenal"

Sehingga pulang ke Tanah Air ,penulis masih tidak berkenalan dengan perempuan tersebut..

Namun penulis mempunyai sebab..
kenapa penulis tidak mahu berkenalan...
Biarlah malu ini menjaga diri penulis
dan penulis bersyukur Allah kurniakan perasaan malu yang menebal dalam diri penulis
Alhamdulillah

Janganlah jadi orang yang tak reti tahu malu..
Maka kamu tahu akibatnya...
Kerana itu lah satu peluang buat syaitan memulakan niat jahatnya membawa kamu bersamanya ke lembah Jahanam..

Bersusah payah penulis mahu menunaikan umrah,penulis datang dari negeri jauh ingin memohon ampun dari Tuhan..Namun datang pula wanita ini..Penulis menolak..Penulis tidak mahu niat ibadah penulis dipesongkan dengan kehadiran wanita ini..Maaf kalau anda terbaca...namun penulis beribadah untuk Allah datang ke sana untuk Allah..bukan kerana sesiapa...Maaf sekali lagi..Penulis mengangap ini suatu ujian dari Allah..

Setelah pulang..Penulis berkongsi cerita ini dengan ustaz..
Maka ustaz berkongsi pula sebuah hadis..
Seperti di bawah:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)


Oh...sudah hampir terlupa aku akan hadis ini..
Ingat niat hanya satu..Kerana Allah !

Moral:Pergilah ke tanah suci Kerana Allah..beribadah lah kerana Allah bukan kerana benda lain..
Alhamdulillah aku tidak jatuh..

5)Tuala Oh Tuala!

Suatu hari penah suatu ketika ibu penulis bertanya kepada penulis
Dah belajar habis ke nak pergi umrah ni..
Penulis menjawab:Dah banyak dah belajar (confident je)

ha...macam takbur je kan..ceh...Tapi penulis tidak berniat begitu...penulis hanya sekadar bergurau dgn ibunya..

Di mekah penulis tidur sebilik bersama makcik dan pakcik...
Sewaktu hendak bersedia menukar ihram
dek kerana ingin menjaga batas aurat dengan pakcik dan makcik
Penulis menukar pakaian ihram didalam tandas

Setelah siap berihram
lalu menunaikan umrah seperti biasa
seteleh selesai
penulis pulang ke bilik..
Sebaik membuka ihram
penulis terkejut
"Aik...macam mana ada tuala dalam kain ihram ni!"
Ah sudah...

Cuak pulak penulis...mana tidaknya takut kena bayar dam..
mana lah penulis punyai duit yang banyak nak bayar dam
namun demikian penulis pernah bertanya dahulu kepada ustaz...
Hukum memakai tuala semasa dalam ihram..ustaz menjawap tidak mengapa kerana tuala bukan pakaian yang bersambung(berjahit)...tapi sebab ragu-ragu...ini bikin gua cuak bai!


                      *Ha apa tengok2...!  (Gambar dikebas dari google tanpa izin..harap maaf)

Habis penulis telefon kawan-kawan dekat Malaysia...tanya ustaz dekat mekah...katanya kena bayar fidyah
/Saat ini juga telefon ustaz Noor Hisham Penulis buku best seller "Mencari Redha-Mu"

(*buku ini sangat best..bacalah...bestseller lagi..penulis:Ustaz Norr Hisham Ismail)


Meskipun masih tidak mendapat kata putus daripada ustaz..
Namun...ustaz mengigatkan satu benda yang sangat berharga kepada penulis

Ustaz kata
"Bersyukurlah Encik Parker dapat ujian sebegini kerana ujian ini dapat mengajar kita ,apply apa yang kita belajar,dan kita terus ingat sampai bila-bila"

Sejuk hati bila dengar nasihat ustaz..
Terima Kasih Ustaz..Jauh saya call ustaz

Dan akhir sekali penulis berjaya menghubungi Ustaz Daud Che Ngah  (Mantan Pengurus Besar Tabung Haji)
Beliau memberikan jawapan yangb ringkas dan padat...sangat lucu bila ustaz memberikan jawapan..

Dan jawapan nya
Tidak mengapa..
Kerana Tuala tidak berjahit dan tidak bersambung..

Wah selamat!

Mak cakap:Ha..tula...siapa suruh takbur sangat kata dah banyak belajar...

=___="

Moral:Jangan sebut bukan-bukan sebelum pergi Umrah...hehe

--------------------------------------------------------------------------------------

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin







"Ikhlaskan Hati Mohon Kemaafan Leburlah Dosa di tapak tangan lupakan segala silap dan Salah,Insan bersatu membina Ummah!"

(ha...meh saling maaf-maaf...suami isteri...adik beradik..dengan mak ayah...*Oh...gambar nikah ada kena mengena dengan raya tak?sekali lagi gambar dikebas dari google)

No comments:

Post a Comment