Sunday 17 July 2011

Rindu Aku Pada Baitullah Episod Keempat

(kalau tulisan kecil sangat..boleh hold CTRL dan tekan + atau -)


Selesai Tawaf

Beredar lah ke belakang Makam Ibrahim



Cari lah tempat yang paling strategik dan tidak terlalu dekat dengan tempat orang bertawaf

dan seterusnya,
Lakukanlah Solat Sunat Tawaf 2 rakaat

Seperkara yang perlu diingatkan bagi lelaki
semasa hendak solat,ramai yang lupa untuk menutup semula bahu kanan setelah tawaf,,
masa bertawaf kan hendaklah beristibta..maka setelah tawaf masa hendak solat maka tutuplah bahu
kerana jika tidak menutup bahu ketika solat..maka hukumnya Makruh

Setelah solat sunat tawaf
Maka Berdoalah..
Bersolat dan berdoa dibelakang Maqam Ibrahim merupakan salah satu tempat yang mustajab doanya

Suatu kenangan buat kongsian bersama


Suatu ketika dahula..Aku pernah berada dalam kehinaan
Ya aku lah yang terhina..
Bertapa diri ini sungguh tidak berguna
Terus menerus berada dalam kegelapan yang hakiki
Itulah aku..
Bergelumang dengan lautan dosa
Apakan daya
aku juga manusia
Aku juga Hambanya
Mana mungkin aku tidak lepas dari tidak melakukan kesilapan..
Aku bukan nabi yang bersifat sempurna..
Sabda nabi,

Yang bermaksud, "manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa."


Sungguh aku jauh dari Penciptaku
Namun, Penciptaku tidak pernah melupai aku
Ah..cilaka aku..
Bertapa hinanya aku..

Sungguh aku Pentingkan diri
Demi Nafsu dan kepuasan diri
Aku terus alpha dengan kerenah dunia..

Hai diri yang hina..

Ya Allah Ampuni lah aku..
-------------------------------------
Saat aku berada betul-betul di hadapan kaabah meratapi penuh kesyahduaan buat pertama kali dalam hidupku

Sungguh aku sedar bertapa kerdilnya aku..



(Alangkah kerdilnya aku ini..itu pun masih lagi berjalan di bumi ini dengan penuh bongkak..cilaka aku)

Lalu aku terus mengenangkan bertapa hinanya aku



Ya Allah..
Hamba-Mu datang dari negeri yang jauh..

membawa dosa seluas lautan...
entah lautan itu pun cukup atau tidak menyamai dosa ku..
atau mungkin lebih dari itu..
Aku hadapkan seluas-luas lautan dosa ini dihadpaan-Mu Ya Allah..
Tidak lain hanya Mengharapkan keampunan -Mu...

Maafkan aku Ya Allah


Saat ini...
bercucuran air mataku jatuh membasahi pipiku...
Sungguh Aku rasa bersalah di hadapan Penciptaku
Penyesalan yang tidak sudah..

(Suatu ketika dahulu...penulis pernah menyesali bertapa susahnya penulis untuk menangis kerana takutkan Tuhan..sedangkan sangat mudah beremosi saat di tinggalkan orang yang disayangi..*Oh hinanya aku..Sungguh penulis rasa bersalah pada diri..."Apakah aku ini tidak takut pada Tuhan?"
Dan saat ini..Akhirnya penulis menangis...Sungguh ia amat bermakna dan memberi kesan pada diri...)


Ya Allah Ampunilah aku

Di atas segala dosaku
Yang aku lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja
Secara Terang-terangan atau sembunyi
Yang Telah berlaku mahupun belum lagi berlaku..
Ampunilah aku diatas kebodohkanku,Kelalaianku,Sikap ku yang suka terhegeh-hegeh dan belengah-lengah..
Ampunilah aku di atas Sikap ku yang suka MELAMPAUI BATAS.
Sungguh aku banyak menzalimi diri aku sendiri

Ya Allah meskipun aku tidak layak untuk ke syurga-Mu 
Namun aku tidak sanggup untuk Menanggung seksa Neraka-Mu
Sesungguhnya kau lah Maha Pengampun Dosa Hamba-Mu


Aku telah banyak melampaui batas..Jauh meninggalkan Arahan-mu terhadap tujuan ku hidup di dunia yang semetara ni..bagi menempuh akhirat yang kekal abadi:

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”

(Az-Zariyat: 56)

“…hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat )…”

( Al- Iara’ : 37 )


Namun aku percaya kepada janji-Mu Ya Allah..
Aku pada firman-Mu:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
(Al-Zumar; 53) 

“Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang telah lampau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai petala langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau mendatangi-Ku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, kemudian engkau mendatangi-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan- Ku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan sepenuh bumi ampunan”. 
 (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 3463)

Saie
Selepas menunaikan tawaf...pergilah menunaikan saie..
Tetapi sebelum itu...boleh lah minum air zam-zam terlebih dahulu..

sebelum minum air zam-zam...
Bacalah doa terlebih dahulu sambil menghadap kaabah..bacalah doa apa2 sahaja yang ada inginkan..
InsyaAllah..mustajab
Mulakan saie 
Sebaik-baik doa yang disyorkan ialah:

"Ya Allah,Seseungguhnya aku memohon kepada-Mu Ilmu yang bermanfaat,Rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit (boleh minum sambil berdiri)"

Lansung saja ke Bukit Safa..(Massa'a)



Dengan niat:

Ya Allah Ya Tuhanku,Aku berniat mengerjakan saie dari Bukit Sawa Ke Bukit Marwah 7 kali saie umrah kerana Allah Taala

Setelah berniat
Menghadap ke Arah Kiblat dan Bacalah

"Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar,Walillahilhamd"

Kemudian turun lah dari bukit safa dan berjalanlah ke bukit Marwah..Oh ya..


Jarak perjalanan Bukit Safa ke marwah selama 7 kali ulang alik sejauh 3.7Km
Semasa berjalan jemaah bebas untuk membaca doa mahupun berzikir..


Dan selepas hampir seketika berjalan
anda akan berjumpa dengan lampu hijau seperti dalam gambar,


Bila sampai di lampu hijau ini
bagi lelaki disunantkan berlari anak (jog)
Namun anda jangan terkejut..
ada setengah jemaah dari negara lain..
berlari macam ada acara larian pecut 100 meter..

Setelah hampir sampai ke bukit Marwah
Bacalah surah AL-Baqarah:158

" Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. "

(Kenapalah dorang ni duduk atas Bukit Marwah ni..menyusahkan orang nak naik..nanti saya cerita kan kenapa di post yang akan datang...)

Naiklah ke atas bukit Marwah ini dan berdoa..
Bukankah Dahulu Doa Siti Hajar termakbul disini semasa meminta air kepada Allah..
Jadi jangan malas-malas taknak naik ke atas batu ini...

Ulanglah saie sebanyak 7 kali sehingga tamat..
Anda akan tamat saie di bukit Marwah
Setalah tamat Saie
Maka anda bolehlah bertahalul..(bercukur/bergunting)
Guntinglah sekurang-kurangnya 3 helai rambut..
Bagi yang botak licin...anda juga dikehendaki Bercukur..Jangan sangkakan anda tidak perlu!

"Tong sampah untuk buang rambut yang di cukur"

Oh ya...Diingatkan! Cukurlah rambut anda terlebih dahulu sebelum anda mencukur rambut orang lain~

3.7 Kilometer bukan sutu jarak yang dekat..
lagi-lagi bukit yang curam yang hendak didaki..
Kena gunakan sepenuh kudrat~
Bukit Marwah yang agak curam dakiannya..

Bagi mereka yang dahaga dan penat..
Boleh saja duduk sebentar dan minum air zam-zam yang disediakan di sepanjang perjalanan saie


Ramai kan orang amik air zam-zam.. Selalunya jemaah akan melaksanakan umrah di sebelah malam...itulah yang banyak sangat tu..

--------------------------------------------------------------------------------
Sudah bercukur maka tamatlah umrah.
anda bebas dari pantang larang...
meh balik hotel..tido

-Inilah Abang-abang yang menemani penulis seketika penulis berada di Tanah suci..Mereka lah yang menceriaakan hari-hari penulis di sana-Terima Kasih yo! (oh..kantoi perot di situ ya..hehe)

Selepas ni Penulis akan menceritakan beberapa bentuk dugaan yang dihadapi oleh penulis sepanjang penulis berada di tanah suci~
hehehe











No comments:

Post a Comment