Wednesday 29 June 2011

Rindu ku Pada Baitullah Siri 3

*Penulis terpaksa baring untuk amik shot ini..Pelik mereka melihat telatah ambo..

Tawaf

Tawaf ialah perbuatan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali keliling
Merupakan rukun kedua dalam menunaikan umrah

Syarat-syarat sah tawaf
Samalah seperti mana dalam keadaan syarat sah semasa hendak menunaikan solat

1) Suci daripada hadas
2)Suci badan dan pakaian dan najis
3)Menutup aurat
4)Bermula dari sudut hajarul aswad dan berniat tawaf
5)Menjadikan baitullah di sebelah kiri
6)Berjalan berniat tawaf bukan kerana lain
7)Cukup 7 keliling dengan yakin
8)Dilakukan dalam Masjidil Haram dan diluar hijr ismail

*Sila ambil perhatian kepada yang di labelkan warna merah

Disini penulis ingin menghuraikan beberapa aspek-aspek yang dirasakan remeh bagi jemaah disebabkan prasangka tak apa "Islam itu mudah" dalam pemikiran segelintir jemaah.

Menutup aurat:

-Bagi lelaki setakat ini jemaah Malaysia tiada masalah..semua kelihatan menutup aurat..Meskipun jemaah dari negara lain yang memakai ihram dalam keadaan tidak sempurna sehingga menampakkan aurat...Tidak dapat dipastikan samaada pemahaman mazhab masing-masing atau sebaliknya..

Namun bagi perempuan
Apa yang menyedihkan ialah...
Kebanyakan jemaah wanita mungkin masih tidak memahami skop penutupan aurat itu..
Juga di terapkan dengan pemikiran "Tak apa"
Maka sangkaan itu adalah amat Salah dan Bercanggah sama sekali!
(Gambar kebas dari google juga...pinjam ya...ini contoh tudung/telekung yang jarang..confirm lah!)

Fenomena yang berlaku ialah 
paling ketara ialah jemaah wanita yang memakai telekung dan pakaian yang jarang sehingga menampakkan kulit 
Kebanyakannya, sehingga menampakkan telinga dan rambut meskipun sudah bertelekung.
Bukankah itu masih lagi aurat.

Adakah pemahaman dalam penutupan aurat adalah cukup sekadar penutupan
TIDAK!
itu salah sama sekali..
Hakikatnya yang hanya boleh dizahirkan hanyalah telapak tangan dan muka...
Yang lain wajib tanpa kompromi dan dakwa dakwi untuk menutup dengan sempurna aurat tersebut

Keduanya...jemaah wanita juga dilihat tidak memakai telekung dengan betul dan sempurna menyebabkan anak rambut juga kelihatan..
Adakah ini suatu benda yang remeh..
Saya rasa kan tidak!

Sila ambil perhatian...perkara ini dengan baik
Syarat Sah tawaf ialah menutup aurat

Bagaimana pula dengan ibadat anda jika sudah berlaku begini...
Jangan Katakan Tak apa
Kerana Terang lagi bersuluh Tawaf itu tidak Sah

Juga tidak dilupakan apabila bukan berada dalam keadaan ihram..
Jemaah wanta yang berpakaian biasa yang menunaikan tawaf sunat..
Berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk badan...itu juga aurat!
Pakailah pakaian yang longgar.. kamu sedang beribadat di rumah Allah.~

Alahai..
"Guano ni abe...dalam masjidil haram pun kena berperang jugak"

Fikir-fikirkanlah

Menjadikan Baitullah Di sebelah kiri

Pemerhatian penulis semasa menunaikan umrah juga didapati keadaan jemaah kebiasaannya bagi mereka yang berjalan bersama pasangan dan mereka yang mendapat bantuan tolakan wheelcha
Didapati seringkali apabila keadaan mula sesak semasa sedang tawaf..
mereka akan sedaya upaya memotong dengan kata lain menyusuri ruang-ruaang kosong yang ada di sebelah kiri mahupun kanan mereka bagi mencapai matlamat untuk habis cepat..
Bagi yang mengambil berat untuk memastikan bahu tidak berpaling tersasar dari kaabah...pastikan akan menjaga nya dengan baik..
Namun sedih apabila mereka yang Dikatakan "bermatlamat" ini...apabila ingin mencapaikan matlamat ini mereka mengabaikan kedudukan bahu sehingga menyebabkan bahu tersasar dari berada betul-betul di sebelah kiri kaabah..

Maka dengan itu terbatal lah tawaf itu..
Oleh itu, dia hendaklah undur sedikit bagi tempat yang diyakini nya telah bahunya berpaling itu sambung tawafnya..
Namun mereka ini terus sahaja sambung tawaf tanpa menghiraukan perkara ini..

Diingatkan Tawaf itu Sebenarnya tidak Sah!

Berjalan berniat Tawaf dan bukannya niat lain

Satu lagi perkara yang pada hakikatnya dianggap remeh namun sebenarrnya dianggap memberi Impak yang besar terhadap ibadat tawaf jemaah

Perkara ini sering terjadi bagi jemaah-jemaah yang bergerak dengan kumpulan..
Hal ini tercetus apabila sudah terlalu ramai manusia di kawasan tawaf maka terputus lah mereka daripada kumpulan masing-masing
Maka bagi "Cool and steady" yang yakin boleh buat sendiri tawaf tiada masalah...
Namun bagi yang ada darah gementar takut sesat dan bermacam-macam bentuk ketakutan yang muncul mula memberi masalah...

Apabila itu sudah terjadi semasa melakukan tawaf
maka...
Jemaah ini secara tidak lansung pasti berniat untuk mencari kembali kumpulan tersebut semasa melakukan tawaf.,.
Dan ini lah yang dikatakan perubahan Niat!

Niat pada asalnya hendak melakukan tawaf namun sekarang niat telah berubah untuk mencari rakannya

Kan sudah terbatal tawaf itu..

Saya bagi contohlah...
Kalau awak tengah solat..lalu telefon bunyi...awak terus pergi jawab telefon tu..Sah tak solat anda..

Fikir-fikirkan...

-----------------------------------------------------------------
Pengalaman Penulis

Teruja pertama kali melihat kaabah dan sebak juga kadangkala..
Namun timbul perasaan pelik..
Selalu dalam Tv apabila orang bertawaf...
Pasti Tv akan mengumandangkan alunan suara orang bertalbiah..Labaikallah huma labaik

Namun setelah melihat dihadapan nikmat mata yang diberikan oleh Pencipta yang Maha Agung ini..
Aku mula berkata
"oooo,...begini rupanya orang bertwaf..ada yang berjalan,ada yang berlari ,ada yang jog dan ada yang berweelcha..masing-masing dengan bacaannya yang sendiri"

Teruja sebentar penulis melihat keadaan itu...
Dan penulis juga mula berasa hairan di suatu sudut..
Manusia berkumpul beramai-ramai dan bertolak sakan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lautan manusia...

Maka sejurus kemudian barulah penulis sedar
itulah Hajaraul Aswad...Batu daripada syurga yang diturunkan oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi menandakan tempat permulaan tawaf..

-Gambar di kebas dari google..siapa punya tak tahu...Pinjam sekejap..tujuan menyampaikan manfaat..Terima Kasih-

----------------------------------------------------------------
Kisah Umat menyedihkan untuk Hajarul Aswad


Batu Hajarul Aswad..
Meskipun kau Batu dari syurga..
Namun bukan kerana aku tidak ingin mengucupmu bukan beerti aku tidak ingin ke syurga
Tetapi ada yang lebih penting dari itu

Wahai Hajarul Aswad..
Lihatlah Umat ini..
Umat Nabi Muhammad SAW..
Pada akhir zaman ini...
berlaku banyak perpecah belahan..

Hanya kerana ingin mengucup kau..
Mereka gunakan segala daya upaya kekuatan mereka bagi mencapai matlamat ini
Hanya kerana kau..
Di sangka mereka
dengan mengucup kau...
Mampu menjamin syurga dan keberkatan buat mereka..

Mereka gunakan kekerasan...
menyakiti sesama sendiri..
Bertolak,berpusu,bergaduh sesama sendiri
hanya kerana kau..

Wahai hajarul Aswad...
Bukan aku tidak mahu mengucup mu bagi mendapat sunnah Nabiku
Tetapi..
Aku tidak sampai hati menyakiti saudara yang lain ku

Hanya kerana mengejar sunnah...aku juga mengejar dosa..
Dan kau juga tahu bahawa bila berlaku dosa di Tanah Haram..
Maka dosanya juga turut dilipat gandakan
Aku tidak mahu itu

Maka aku lepaskan hajat ku..
Aku hanya mampu mengucup mu dari jauh...

Dan aku berpegang pada kata-kata Umar sahabat Nabi..:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Lalu fikirkan..
Adakah berbaloi..
Mengucup hajarul aswad tetapi dengan sedaya upaya menyakiti saudara mu sendiri dan ternyata itu satu dosa buat kamu...Renungkan~

Keselfish-an Tahap Gaban
Sedang penulis berusaha untuk mengucup hajarul aswad sambil berhati tidak menyakiti jemaah lain..
Terlihat pada satu jemaah arab yang secara spontan dan selfishnya..
Melompat dan bergayut diatas bahu pak arab yang lain...dengan harapan untuk ke hadapan...
Melihat perkara itu terjadi..
Jemaah arab yang lain naik berang lalu...
melepaskan satu tumbukan padu pada pak arab tersebut..
Oh..
Sungguh menyedihkan...
Wahai Umat..
apa sudah jadi..


Kebanggan buat Jemaah mengucup Hajarul Aswad

Suatu hari,Sesudah penulis pulang dari Masdjil Haram..
Maka berlalulah penulis ke hotel untuk mengenyangkan perut den yang kelaparan ini
Lalu bertemulah penulis dengan seorang jemaah ini
Lalu bertanya kepada penulis

"Nazmi...Pakcik nak tanya satu benda"
"Tanyalah pakcik...(teruja sebabingat nak tanya saya ni bujang lagi ke..berminat nak kenal dengan anak pakcik ke..hehe)"
"How much would you pay to kiss the hajarul aswad?"
"(Dalam hati ku ingin bentak..namun ku dengan lagak cool ku berkata..)..hmm..saya kena bayar ke untuk mencium hajarul aswad?Bukankah ada cara yang lebih halal lagi"
"(Pakcik itu menjawab)..Perlu..kalau tak tak dapat la nak cium kena berebut-rebut"
"Lalu ku menjawab.."Jadi apa pula gunanya berdoa dan telah dijadikan kawasan-kawasan yang doanya mustajab"
"Lalu pakcik tersebut terdiam"

Jika berada di Sana nanti..sekiranya...datang lelaki yang offer untuk membantu mengucup hajarul aswad
umpama ini:
"Bapak...sudah diciumnya hajarul aswad?"
"Kalau belum..Mari bapak..saya tolong"

maka penulis menyarankan...Reject sajalah...Bukan sahaja mereka mengenakan bayaran yang mahal mungkin mencecah SR1000 -Aprox Rm800..Dan yang pasti modus operandinya pasti bakal menyakiti jemaah-jemaah lain dalam usahanya membantu anda..meskipun anda tidak menyakiti jemaah lain...namun dosa turut dikongsi bersama...Fikir-fikirkan lah...penulis dah bagi nasihat..
Sebaiknya berdoa...kan lebih baik~

------------------------------------------------------------------

(Gambar dikebas juga..bukan gambar saya ,credit to whoever own this photo)

Mulakan Tawaf anda dari Rukun Hajarul Aswad dan tamat di rukun hajarul aswad sebanyak 7 kali
Kalau terkeluara  gas separa beracun...pergi ambil berwudhuk dan sambung semula di mana anda terkentut dan dinasihatkan undur beberapa langkah ditempat yang diyakini telah dilepaskan gas pedih tidak membawa maut itu..

Niat tawaf
Ya Allah ,aku hendak tawaf Baitullahil Haram 7 kali (tawaf umrah/tawaf sunat/dan sebagainya) maka permudahkanlah dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

--------------------------------------------------------------

Kisah Tabiat 'Tak Pa' edisi dua untuk Tawaf

"Islam itu Mudah.."
Tak habis keluarkan hujah ini..
"Pakcik Makcik..Islam itu mudah namun jangan dipermudah-mudahkan...Lihat sisters in islam...Begitulah yang dipermudah-mudahkan sehingga sesat dibuatnya.."

Tahu tak sisters in islam tu siapa?Pergi google ok~

Terdengar perbualan antara 1 pasangan ini

"I rasa...I nak bayar dam la...sebab I ragu-ragu...masa kita tengah bertawaf tu...I Tengok u kat belakang nak cari u...I ragu-ragu samada Bahu I dah berpaling dari kaabah atau tak"


"U bayar dam jela...lebih baik bayar untuk sempurnakan ibadat kita"

-saya hanya diam membisu...nak cakap takut salah...namun
Ingatlah seperti di atas..berbalik lah kepada syarat sah tawaf...hendaklah sentiasa mengkirikan kaabah..

Fikir-fikirkan lah...Jika terbatal maka umrah tidak sah dan anda masih lagi dalam ihram

Kedua:

"I dulu masa buat umrah..I bayar dam..beli dua kambing...tah macam mana tah masa tengah tawaf tu tetiba i pergi pegang kaabah...alamak.."

Macam tu pulak pemahamannya,..
namun sekiranya kambing tadi berniat dam ihsar keluar dari ihram..itu tak apala...tapi kalau pemahaman hanya sekadar untuk menutup kecacatan tawaf itu...itu sudah salah..

hmm..
macam ragam pula di masjidil haram ini...
Janganlah anggap menunaikan umrah perkara remeh temeh sahaja...tetapi ini perkara yang serius
Persiapkan lah diri dengan ilmu sebelum berangkat menunaikan umrah
Bukan setakat baca buku sahaja..

Namun diingatkan disini
Bukanlah beerti penulis menegur ini bermakna penulis sempurna dalam melakukan ibadat dan penulis juga bukanlah seorang ustaz...
Hanya lah seorang Hamba-Nya yang mengharapkan Redha-Nya


Wallahualam

..




"Akan di update..Penulis menghadapi sibuk yg sangat..oh masa"

Saturday 25 June 2011

Rinduku Pada Baitullah Edisi Kedua

Saat Ku Bermusafir Ke Jalan Allah


"Ya Allah!Kami memohon supaya engkau dekatkan dan permudahkan perjalanan kami dan keselamatan harta benda agama kami. "

"Ya Allah! Kami berlindung dengan -Mu dari segala mara bahaya di dalam perjalanan,sedih meninggalkan tempat kediaman dan jauhilah buruk pandangan terhadap kaum keluarga ,harta benda ,anak cucu dan sahabat handai."


"Dengan Nama Allah,Aku berserah diri kepada Allah dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah.Aku berlindung dengan kekuasaan Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakan-Nya"









Perjalanan ke Umrah ini terus menerus ke Jeddah.
Maka dengan itu penulis dan para jemaah yang lain hendaklah bersedia memakai ihram dari rumah.

Maka sebelum memakai Ihram.
Disunatkan:

Mandi Sunat Ihram: Bersihkan apa-apa yang patut,cukur ke tanggalkan bulu..kerat kuku dan sebagainya..
Caranya seperti Mandi Hadas/Wajib

Selepas mandi,

Terus Solat Sunat Ihram 2 rakaat..Memadailah bagi jemaah yang hendak ke Makkah terus yakni solat sunat Ihram tanpa melakukan Solat Sunat Musafir..

Selesai Solat Sunat Ihram,Bacalah doa..

Kemudia Sunat Dibacakan doa ketika hendak keluar rumah

Dan juga Semasa naik kenderaan ,Bacalah Doa


Oh..
Disini penulis ingin menujukkan Gaya berihram jemaah Umrah..

Meskipun pada hakikatnya Penulis tidak lah kacak dan smart..
Cuma nak tunjuk Pakai Ihram tu macam mana..
=)

*Bergambar Bersama Ibu dan Ayah beserta Pakcik






Cara memakai Ihram..Mari lihat video ini




-------------------------------------------



---------------------------------------





Estimate Time of Departure 1500(Local Time)
Flight Time: Aprox 8 Hours
Estimate Time Of Arrival 1800(Saudi Arabia)
-------------------------------------
Miqat

Antara syarat wajib Umrah ialah hendaklah Berniat di Miqat
Dan Sekiranya tertinggal,tidak berniat maka dikenakan Dam

Apa itu Miqat?

-Miqat ialah sempadan tempat dan masa untuk mengenakan niat.

Bagi jemaah yang menunaikan umrah mesti berniat sebelum melintasi miqat atau sempadan tempat di mana ia hendak berniat ihram.

Dan bagi kebiasaannya..Telah ditetapkan bagi jemaah yang datang dari arah timur termasuk Asia Tenggara Malaysia terus ke Makkah maka miqatnya di Qarnul Manzil kira-kira satu jam sebelum pesawat mendarat di Jeddah.

-Maka apabila telah berniat maka jemaah wajib mematuhi 13 pantang larang ketika berihram
Jika melanggar salah satu daripada 13 pantang larang..Wajib dikenakan Dam

*Namun Kekeliruan mula timbul...Lihat pada fakta di atas ...Qarnul Manzil berada kira 1 jam sebelum pesawat mendarat di Jeddah.

Di skrin informasi dihadapan penumpang menunjukkan Pesawat akan sampai di Miqat kira-kira 40 Minit..Namun Pesawat dijangka tiba di Jeddah kira-kira 1 jam lagi.

Di situ timbul kekeliruan..
Dan Penulis masih tidak mendapat jawapan mengenai hal ini..

Namun sebagai satu safety precaution..
Penulis tetap berniat 1 Jam sebelum Pesawat mendarat serta niat di tempat yang telah ditetapkan oleh skrin(mungkin juruterbang)

Niat: Aku berniat mengerjakan 'umrah dan berihram dengan-nya kerana Allah Ta'ala

Maka setelah berniat,Disunatkan Membaca Talbiah

"labaik allahuma labaik, labaik la sharika laka labaik, Innal hamda wann'imat laka wal mulk, la sharika lak"

Aku Sahut panggilan-Mu ya Allah!

Aku Sahut, tidak ada sekutu bagi-Mu ya Allah 
Kami Sahut! Segala pujian ,nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu ya Allah! 
Tiada sekutu bagi-Mu.



-Bacalah Talbiah ini dari mula berniat sehinggalah hendak memulakan Tawaf.
-Dan bagi lelaki disunatkan untuk menyaringkan suara

-------------------------------------------------------
Alhamdulillah sampai di Tanah Haram,Makkah..
Perasaan gementar itu ada....Mana tidaknya...Penulis pertama kali melakukan umrah dan khuatir melanggar pantang larang..




















Saat Melihat Kaabah...Aku tergamam..Aku terharu ...Aku Sedih..Aku gembira..
Ah bercampur baur perasaan penulis ini...Perasaan yang tidak dapat ku ungkap kan..
Satu Nikmat yang aku tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata...
Aku berada di Rumah Allah...
Sebak Rasanya...
Mengenangkan selama ini aku hanya melihat kaabah di hadapan Televisyen..melihatnya dari jauh...
Namun kali ini...aku melihatnya di hadapan mata ku...Pemberian dan ciptaan Tuhan-Ku
Syukur..Tidak dapat ku bayangkan...
Terima Kasih Tuhan Kerana menjemput ku Ke sini...
Alhamdulillah..
Segala Pujian Selayak-Nya untuk -Mu

Benar Kata Kekasih-Mu:

"Sungguh Allah menurunkan pada setiap hari dan malam 120 rahmat di Baitullah ini. Yakni, 60 rahmat untuk orang yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang mendirikan salat, dan 20 rahmat bagi orang yang memandang ke arah Kabah." (H.R. Thabrani)

Cukup dengan melihat sudah ku rasa bertapa ia satu nikmat melihat Kaabah itu..
Ya Allah..Aku rindu pada Baitullah...

Terima Kasih Tuhan


Doa Melihat Kaabah



AllahuaAkbar,AllahuAkbar,AllahuAkbar.
Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa,

Tidak ada sekutu bagi-Nya sekali-kali Tuhan yang memerintah segala sesuatu,
bagi-Nya segala pujian dan Dia-lah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu,

aku memohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran ,kemiskinan ,azab kubur dan sempit fikiran ,rahmat Allah dan sejahtera-Nya mencucuri ke atas Saiyidina Muhammad,keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan ,kebesaran ,keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurnian-Mu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan Haji dan Umrah dengan kemuliaan ,kebesaran,keagungan,kehebatan ,ketinggian dan kebajikan




End Of Edisi Kedua


P/s:Intro pun dah dua part..bak kata sorang kawan tu..
-Maaf..Penulis berniat bercerita berkongsi ,memberi manfaat dan menegur..sebab itu panjang sedikit.

Friday 24 June 2011

Rindu Aku Pada Baitullah Part 1

*Seperti biasa..kalau tak nampak nak baca..HOLD saje CTRL dan tekan + atau -

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

"labaik allahuma labaik, labaik la sharika laka labaik, Innal hamda wann'imat laka wal mulk, la sharika lak"

Aku Sahut panggilan-Mu ya Allah!

Aku Sahut, tidak ada sekutu bagi-Mu ya Allah 
Kami Sahut! Segala pujian ,nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu ya Allah! 
Tiada sekutu bagi-Mu.






Sempurnakanlah Ibadah Haji dan Umrah Kerana Allah
[Surah Al-Baqarah;196]







Rasulullah SAW bersabda:
Haji dan Umrah itu kedua-dua nya fardhu,tidak mengapa mengerjakan mana dahulu.




Disini Penulis akan berkongsi pengalaman dan beberapa ilmu berkaitan perjalanan mengerjakan Umrah yang telah dilaksanakan dengan jayanya dengan Izin-Nya jua.Alhamdulillah.Segala Pujian Selayaknya untuk-Nya.


----------------------------------------------------------------------


Apa itu Umrah?

Umrah ialah menziarahi Baitullahilharam kerana mengerjakan tawaf ,sa'i dengan menuruti segala syarat-syarat serta menunaikan segala rukun dan syarat wajibnya.



Kebanyakan dari kita pasti menyangka mengerjakan Umrah itu (Pertama kali) ialah sunat..
Walhal tanggapan ini salah sama sekali.
Sebenarnya,Hukum Umrah wajib juga ke atas orang Islam yang di wajibkan mengerjakan Haji.
Ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 196 seperti di atas.

---------------------------------------------------------------------
Kisah si Penulis berkongsi bicara:

Penulis sudah beberapa kali bercadang untuk menunaikan umrah. 

Lalu memberitahu hasrat murni di hati kepada kedua ibu bapa tercinta.
Dan mereka bersetuju.Bukan apa,Penulis merasakan penulis perlu ke sana bagi menyucikan diri lantaran penulis juga merupakan Hamba-Nya yang Lemah,tidak lari dari melakukan dosa. Penulis perlu ke sana memohon ampun sekali bertaubat lantaran ketelanjuran dosa yang mengunung tinggi.
Ku juga Insan biasa.




"Wahai Tuhan..Meskipun Ku Tak Layak Untuk Syurga-Mu ,Namun Tidak Pula Aku Sanggup Menanggung seksa Neraka-Mu"

Ampunkanlah aku..Sungguh Aku banyak menzalimi diri aku sendiri.



Sejak awal tahun lagi...
kerap kali penulis mengigatkan kedua orang tuanya berkenaan hasratnya..
Melonjak kegembiraan penulis terasa tidak sabar-sabar untuk ke sana.

Namun..
Kita Sebagai manusia hanya mampu merancang.

Suatu hari Ibu memberitahu penulis...
Hasratnya untuk ke Umrah juga namun ianya pada bulan Ramadhan.
Suatu kekecewaan mula timbul kerana penulis hanya punyai kelapangan waktu sebelum tibanya bulan Julai Dek kerana Komitmen yang bakal di pikul nanti.

Terasa Frust disitu kerana mana Mungkin Ibu dan ayah Membenarkan diri ini pergi berseorang diri meskipun diri ini telah dewasa...hehe



Lalu hasrat itu terkubur begitu sahaja ...frust I tau..
dan Penulis mula menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan lansung tidak mengendahkan lagi preparation ilmu untuk melakukan umrah.

-----------------------------------------

Namun tidak begitu sahaja berlalu, Penulis tetap juga berniat..Itulah sekurang-kurangnya penulis setakat yang termampu buat

Lalu aku berdoa;
"Ya Allah,Sekiranya selayaknya aku menjadi tetamu -Mu..Maka permudahkanlah perjalananku...Jemputlah aku..Hamba Ini ingin ke sana menyucikan diri dari segala macam dosa" 



>>>The Power Of Niat<<<

Aku cukup kagum dengan Niat..
Niat ini bagiku suatu perkara yang bagi kebanyakan orang merasakan ia suatu yang remeh..
Namun bagiku Niat inilah suatu permulaan ibadat yang bakal menyempurnkan segalanya..

Kata Orang,
"Kalau niat kita baik,Lillah hi Taala..InsyaAllah..Allah akan Tolong kita"



Hebatkan..

Suatu hari ketika sedang penulis membantu ibunya..
Lalu ibu menerima panggilan dari Adiknya yang berhasrat untuk mengerjakan Umrah..itu pun dalam keadaan tergesa-gesa..Agak-agak sebulan dari tarikh penerbangan..

Lalu penulis tanpa segan silu dan dengan confident terlebih menyampuk..

"Makcik nak ke Umrah?Boleh Adik ikut sekali"

Ibu menjawab,
"Boleh tapi rasanya tak payahlah sebab rushing sangat"


Terus penulis agak kecewa sedikit..lalu melupakan hasratnya..


Suatu hari setibanya pulang penulis dari kuliah subuh di surau bersama dengan Guruku Agamaku..
*Gambar dari HPA..pinjam jap ya =)


Ternyata ibu dan Ayah sedang membincangkan sesuatu bukan seperti kebiasaan hari..

Ibu memanggilku

"Adik...sini sekejap...Ibu ada benda nak cakap"

"Apa dia?"
"Adik Nak tak pergi Umrah?"
"Ya ke...Bila?"
"Dengan Makcik 9june"


Saat itu..aku berasa gembira...Tak terungkap kegembiraan..tarikh menujukkan saat itu 3 minggu sebelum masa jadual penerbangan..

Tetapi..Aku punyai dilemma...
Aku telah pun bercadang untuk ke suatu program bersama rakan-rakan sekerja ku di Iluvislam



spontan ku berbisik sendiri..
"Ah...ini semua syaitan..Allah dah permudahkan jalan...Umrah lebih penting..Kalau aku tak pergi entah lepas ni aku ada kesempatan lagi ke tak"

-Licik kan syaitan mainkan kita...Syaitan sedaya upaya menjatuhkan kita kepada golongan orang-orang yang rugi..Ah celaka mereka!



"Ya Allah Aku berlindung kepada-Mu daripada Syaitan Yang Direjam"


Lalu 3 Minggu itu juga lah persiapan aku dengan ilmu bagi menghadapi Umrah..
3minggu bukan lah suatu masa yang panjang..
Amat singkat sekali untuk bersedia...lagi-lagi ini umrah pertama ku..
Aku tidak boleh sama sekali beribadat cincai boncai..
ini Serius..lebih-lebih..Umrah pertama itu wajib!



Lalu moral disini penulis dengan berbesar hati ingin keutarakan hadis ini daripada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad Saw:



“Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat dan setiap perkara itu berpandukan kepada apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bila Niat Baik...Allah Pasti tolong kita =)

Allah Akan Kurniakan Rezeki daripada sumber-sumber yang tidak kita duga.Hebatkan..

Sungguh Allah itu Maha Pemurah








---------------------------------------------------------------------------------------
Oh Ya..
Penulis lupa nak beritahu,
Penulis menggunakan pakej Umrah Ziarah 12 hari 10 malam dengan Travel agent: Andalusia>>Terbaik dan Recommended
Dan setiap hari Sabtu dan Ahad Pihak travel agent ada menyediakan kursus Umrah..Orang awam pun boleh datang rasanya...Boleh tuntut ilmu free2 je..

Ceramah pada kebiasaan-nya akan diberikan oleh Mantan Pengurus Besar Tabung Haji
"Dato Hj Daud Che Ngah"

Maka bermulalah perjalanan ku Sebagai Tetamu Allah..Bermusafir untuk mendapat Keredhaan-Nya
End of Part 1


















Akan di upadatekan,..penulis busy dengan komitmen bekerja~Pekerja yang Baik!