Wednesday 11 May 2011

Ibu-Ibu Engkaulah Ratu Hati ku

[Kalau tak boleh baca sebab tulisan kecil sangat..boleh hold CTRL dan tekan + untuk besar kan dan - untuk kecilkan tulisan]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Masihkah Kau Ingat Suatu ketika Dahulu
Lagu Dendangan Lagenda Sepanjangan Zaman Arwahyarham P.Ramlee-Ibu
Nyanyian menusuk kalbu...kasih ibu tiada ganti
"Ibu,ibu...Engkaulah Ratu Hatiku"

Namun Bukan lah Lagu itu yang menjadi persoalan
Yang menjadi Persoalan Utama ialah:

Haram Menyambut Hari Ibu?

Apa?Betul ke?eko jangan nak main2 jang...Ah sudah...






"Kenapa?terkejuuu ke?"

Ramai yang membidas...
Ramai juga yang tidak bersetuju...
Lalu dimaki hamun juga dihina..
Mengapa Hari Ibu perlu di hukumkan haram
Sedangkan apa salahnya mengistiharkan satu hari supaya diingatkan kepada ibu tercinta..memberi kasih sayang yang lebih...menyambut dan membahagiakan ibu pada hari istimewa tersebut..







Pendek kata kecoh lah lawan-lawan gaduh pasal hari ibu...

Penulis tidak lah berniat untuk mengeluarkan fatwa kerana penulis bukan lah seorang Ustaz Atau Yang lebih Arif tentang bab hukum

Telah Banyak Fatwa hukum yang telah dibincangkan mengenai hukum menyambut "Mother's Day"

Antaranya:

Ada ulama Yang Mengatakan Harus
Ada Yang Mengatakan Haram
Ada juga Yang mengatakan Makruh

Yang sempat saya copy paste disini ialah Ulama besar dunia
Dr Yusuf Qaradawi yang menyatakan,

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.

Rujukan:

Fatawa Mu’ashirah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 3, hlm. 673.





Namun penulis tidak berniat untuk menafikan fatwa dan pendapat Ulama Besar ini..

Penulis lebih bersetuju dengan pendapat bahawa iaanya difatwakan sebagai Haram

Kerana penulis merasakan adalah lebih baik jika adanya unsur safety precaution atau Safety Measurement

Seperti yang kita tahu yang digembar-gemburkan di arus internet dan laman sesawang facebook:
Hari Ibu atau Mother's day sejarah nya berasal dari Greek dan sambutannya merujuk kepada bla..bla..bla..
Aku expect korang dah khatam lah tak perlu ku copy paste lagi..

kalau masih tak tahu lagi..
Baiklah
Rujuk sini: http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/96-jangan-sambut-hari-ibu.html

Baik..
Apa yang penting yang ingin dikatakan disini ialah..

1)Sebagai satu langkah precaution
Adalah lebih baik sekirananya kita sebagai umat islam mengelakkan diri daripada terlibat dengan perayaan dan sambutan ini..

Ini kerana ia boleh merosakkan akidah kita dan dikhuatiri mampu menjatuhakan syahadah kita..
Sudah sedia maklum ia amalan dari orang kafir....tak  perlu ikut mereka sambut sekali

2)Maka sebagai manusia kita ini lemah tidak mengetahui maka Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya
Kita tida pasti sama ada menyambut Mother's ni halal ke haram...sebab ada unsur yang berasal dari agama kristian..
Kalau dah ragu-ragu atau was-was tu dah masuk bab syubhah...kalau dah syubhah..maka tinggalkan lah..



Solusi

Setelah difikir-fikir kan berkali-kali maka...

penulis merasakan pertama...apa yang di buat oleh orang kafir itu maka sebaiknya usahlah ditiru..

Pernah suatu ketika nabi bersabda :

"Berbezalah dengan orang yahudi.Sesungguhnya mereka tidak bersolat sambil memakai kasut atau khuf"
[Riwayat Abu Daud]
 


Dalam hadis lain ada juga nabi menyuruh untuk mengwarnakan janggut bagi membezakan dengan yahudi..

Maka disini tak perlu tiru orang kafir..

Kalau orang kafir hanya mengikhtiraf ibu pada hari tertentu maka

Kita sebagai umat islam Mengiktiraf nya pada tiap-tiap hari..
*"Berbezalah kita dengan orang yahudi /orang kafir"


lupakah kita pada hadis nabi...atau lagu ni

Who should I give my love to? 
My respect and my honor to 
Who should I pay good mind to? 
After Allah 
And Rasulullah 

Comes your mother 
Who next? Your mother 
Who next? Your mother 
And then your father 



(Your Mother-Yusuf Islam)

Lihat lah darjat ibu diletakkan di mana..
Bukankah Tinggi darjat Ibu itu
Maka bahagia dan hormati ibu setiap masa

itu tanggungjawab kita..

Penulis menyarankan..
Sebagai umat Islam Tidak lah perlu menyambut  Hari Ibu
Sebaliknya..
Sekiranya tiba hari Ibu...
Bahagiakan kan ibu...gembirakan mereka...seperti selalu
Kalau nak bawak mereka pergi dinner pun silakan..
Namun Ingatlah..
Berniatlah membahagiakan kan ibu itu semata-mata kerana Allah dan tanggunjawab kita selama kita masih hidup dan tiada unsur langsung kena menegana dengan hari ibu..

Dan Ingat lah..
Kalau Anda berkata Segala benda bermula dengan niat..
Maka anda salah pada sebahagiannya..
Kerana tidak semuanya betul..

"Niat Tidak Sama Sekali Menghalalkan Cara"

Sebagai Contoh..
"Sebagai Protes terhadap kezaliman Israel..Seorang Wanita Bogel,bertelanjang di hadapan kedutaan Israel"
Niat Baik namun cara nya salah...
Bagitulah Niat Tidak Menghalalkan Cara..

Dan Seterusnya ,bukankah nabi bersabda:

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

keredhaan allah s.w.t terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan allah s.w.t terletak pada kemurkaan ibu bapa” [RiwayatAl-Tarmizi]
Dan apa kata ucapan Selamat Hari Ibu itu dibuang sama sekali...
Dan gantikan dengan perkataan....
"Ibu..Saya Sayangkan Ibu..." atau tambah sedikit "Ibu..maafkan saya"



Bukankah itu lebih baik..
Tiada bentuk peniruan...

Dan yang terakhir...
Usahlah membahagiakan ibu bapa itu hanya dibuat pada hari tertentu semata-mata

Namun...Buat lah hari-hari kalau boleh..
Bawak ibu pergi dinner selalu..
Itu Yang Terbaik~

"Mak..Saya Sayang Mak"

Akhir kata
Mencegah lebih Baik Dari Mengubati

Tak berdosa pun tak sambut Hari ibu
Namun berdosa besar kalau derhaka kepada ibu bapa..

Yang Penting;

"Hari-Hari adalah Hari Ibu"





Wallahualam















Ada blog lah pulak

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Pembaca yang Dirahmati Allah Sekalian,

Assalamualaikum sebagai wadah pembuka bicara

Alhamdulillah..Segala Pujian Hanya Untuk Allah..Tuhan Yang Selayaknya disembah dan Aku Tidak akan Sama Sekali mempersekutukan-Nya..

Selawat dan Salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW sebagai penutup sekalian nabi dan pemberi Rahmat ke sekalian Alam..Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke atas Baginda..

Kupanjatkan setinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi..Dengan limpah kurnian-Nya
Setelah sekian lama berfikir panjang...Nak ke Taknak..Nak ke TakNak..Mesikipun katakan TakNak Pada Merokok..
Dengan Izin-Nya
Dapat juga Aku realisasikan hajat aku untuk membuat sebuah blog.

Dengan jayanya pembukaan blog ini
Maka,
Dengan tujuan yang ikhlas
Dapatlah Disampaikan niat yang terbuku di hati
Mungkin sebagai satu wadah penyebaran dakwah..
Mungkin juga satu platform perkongsian hamba dalam menjalani liku-liku kehidupan
Lalu,
Aku persembahkan,

"Jurnal Kembara Seorang Hamba"

Semoga bermanfaat  =)










“ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)