Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Masihkah Kau Ingat Suatu ketika Dahulu
Lagu Dendangan Lagenda Sepanjangan Zaman Arwahyarham P.Ramlee-Ibu
Nyanyian menusuk kalbu...kasih ibu tiada ganti
"Ibu,ibu...Engkaulah Ratu Hatiku"
Namun Bukan lah Lagu itu yang menjadi persoalan
Yang menjadi Persoalan Utama ialah:
Haram Menyambut Hari Ibu?
Apa?Betul ke?eko jangan nak main2 jang...Ah sudah...

"Kenapa?terkejuuu ke?"
Ramai yang membidas...
Ramai juga yang tidak bersetuju...
Lalu dimaki hamun juga dihina..
Mengapa Hari Ibu perlu di hukumkan haram
Sedangkan apa salahnya mengistiharkan satu hari supaya diingatkan kepada ibu tercinta..memberi kasih sayang yang lebih...menyambut dan membahagiakan ibu pada hari istimewa tersebut..
Pendek kata kecoh lah lawan-lawan gaduh pasal hari ibu...
Penulis tidak lah berniat untuk mengeluarkan fatwa kerana penulis bukan lah seorang Ustaz Atau Yang lebih Arif tentang bab hukum
Telah Banyak Fatwa hukum yang telah dibincangkan mengenai hukum menyambut "Mother's Day"
Antaranya:
Ada ulama Yang Mengatakan Harus
Ada Yang Mengatakan Haram
Ada juga Yang mengatakan Makruh
Yang sempat saya copy paste disini ialah Ulama besar dunia
Dr Yusuf Qaradawi yang menyatakan,
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.
Rujukan:
Fatawa Mu’ashirah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 3, hlm. 673.
Namun penulis tidak berniat untuk menafikan fatwa dan pendapat Ulama Besar ini..
Penulis lebih bersetuju dengan pendapat bahawa iaanya difatwakan sebagai Haram
Kerana penulis merasakan adalah lebih baik jika adanya unsur safety precaution atau Safety Measurement
Seperti yang kita tahu yang digembar-gemburkan di arus internet dan laman sesawang facebook:
Hari Ibu atau Mother's day sejarah nya berasal dari Greek dan sambutannya merujuk kepada bla..bla..bla..
Aku expect korang dah khatam lah tak perlu ku copy paste lagi..
kalau masih tak tahu lagi..
Baiklah
Rujuk sini: http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/96-jangan-sambut-hari-ibu.html
Baik..
Apa yang penting yang ingin dikatakan disini ialah..
1)Sebagai satu langkah precaution
Adalah lebih baik sekirananya kita sebagai umat islam mengelakkan diri daripada terlibat dengan perayaan dan sambutan ini..
Ini kerana ia boleh merosakkan akidah kita dan dikhuatiri mampu menjatuhakan syahadah kita..
Sudah sedia maklum ia amalan dari orang kafir....tak perlu ikut mereka sambut sekali
2)Maka sebagai manusia kita ini lemah tidak mengetahui maka Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya
Kita tida pasti sama ada menyambut Mother's ni halal ke haram...sebab ada unsur yang berasal dari agama kristian..
Kalau dah ragu-ragu atau was-was tu dah masuk bab syubhah...kalau dah syubhah..maka tinggalkan lah..

Solusi
Setelah difikir-fikir kan berkali-kali maka...
penulis merasakan pertama...apa yang di buat oleh orang kafir itu maka sebaiknya usahlah ditiru..
Pernah suatu ketika nabi bersabda :
"Berbezalah dengan orang yahudi.Sesungguhnya mereka tidak bersolat sambil memakai kasut atau khuf"
[Riwayat Abu Daud]
Dalam hadis lain ada juga nabi menyuruh untuk mengwarnakan janggut bagi membezakan dengan yahudi..
Maka disini tak perlu tiru orang kafir..
Kalau orang kafir hanya mengikhtiraf ibu pada hari tertentu maka
Kita sebagai umat islam Mengiktiraf nya pada tiap-tiap hari..
*"Berbezalah kita dengan orang yahudi /orang kafir"
lupakah kita pada hadis nabi...atau lagu ni
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
(Your Mother-Yusuf Islam)
Lihat lah darjat ibu diletakkan di mana..
Bukankah Tinggi darjat Ibu itu
Maka bahagia dan hormati ibu setiap masa
itu tanggungjawab kita..
Penulis menyarankan..
Sebagai umat Islam Tidak lah perlu menyambut Hari Ibu
Sebaliknya..
Sekiranya tiba hari Ibu...
Bahagiakan kan ibu...gembirakan mereka...seperti selalu
Kalau nak bawak mereka pergi dinner pun silakan..
Namun Ingatlah..
Berniatlah membahagiakan kan ibu itu semata-mata kerana Allah dan tanggunjawab kita selama kita masih hidup dan tiada unsur langsung kena menegana dengan hari ibu..
Dan Ingat lah..
Kalau Anda berkata Segala benda bermula dengan niat..
Maka anda salah pada sebahagiannya..
Kerana tidak semuanya betul..
"Niat Tidak Sama Sekali Menghalalkan Cara"
Sebagai Contoh..
"Sebagai Protes terhadap kezaliman Israel..Seorang Wanita Bogel,bertelanjang di hadapan kedutaan Israel"
Niat Baik namun cara nya salah...
Bagitulah Niat Tidak Menghalalkan Cara..
Dan Seterusnya ,bukankah nabi bersabda:
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“keredhaan allah s.w.t terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan allah s.w.t terletak pada kemurkaan ibu bapa” [RiwayatAl-Tarmizi]Dan apa kata ucapan Selamat Hari Ibu itu dibuang sama sekali...
Dan gantikan dengan perkataan....
"Ibu..Saya Sayangkan Ibu..." atau tambah sedikit "Ibu..maafkan saya"
Bukankah itu lebih baik..
Tiada bentuk peniruan...
Dan yang terakhir...
Usahlah membahagiakan ibu bapa itu hanya dibuat pada hari tertentu semata-mata
Namun...Buat lah hari-hari kalau boleh..
Bawak ibu pergi dinner selalu..
Itu Yang Terbaik~
"Mak..Saya Sayang Mak"
Akhir kata
Mencegah lebih Baik Dari Mengubati
Tak berdosa pun tak sambut Hari ibu
Namun berdosa besar kalau derhaka kepada ibu bapa..
Yang Penting;
"Hari-Hari adalah Hari Ibu"
Wallahualam